MOSCOW – Pasukan Uruguay mengesahkan kenapa mereka wajar dilabel selaku antara pasukan pilihan pada kempen Piala Dunia 2018 apabila muncul sebagai juara Kumpulan A dengan menewaskan skuad tuan rumah, Rusia 3-0 di Arena Samara sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, jaguh Amerika Selatan itu tidak menunggu lama untuk mencari gol pembukaan apabila penyerang sensasi, Luis Suarez bijak menyudahkan sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Rusia, Igor Akinfeev pada minit ke-10. Enggan berhenti setakat itu, skuad kendalian Oscar Tabarez terus mengasak pasukan tuan rumah dan memperoleh gol kedua pada minit ke-24 hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya