SHAH ALAM 8 Jun – Universiti Teknologi Mara (UiTM) sentiasa mengalu-alukan konsep universiti terbuka yang diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, baru-baru ini. Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, pihaknya tidak pernah menghalang sebarang penglibatan pihak luar ke dalam universiti khusus untuk bumiputera itu selagi tidak mendatangkan kemudaratan kepada warganya. “Kita mengalu-alukan saranan Menteri Pendidikan agar UiTM membuka ruang untuk pihak luar mengadakan program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa. “Namun kita mengambil sikap berhati-hati atas faktor keselamatan pelajar-pelajar kita dalam soal ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya