JAKARTA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor di sini, hari ini sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Indonesia. Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tiba di Istana Presiden itu pada pukul 10.10 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Joko Widodo. Dr. Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia. Perdana Menteri tiba Jakarta semalam untuk memulakan lawatan rasmi itu, yang menunjukkan jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya