KUALA LUMPUR 2 Jun – Penderitaan tujuh beranak yang tinggal di stor sebagai tempat berteduh di Kampung Pasir Baru di sini sejak dua tahun lalu berjaya menambat perhatian Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan, Kuala Lumpur, Semuanya bermula apabila pertubuhan itu dimaklumkan mengenai kewujudan keluarga berkenaan menerusi borang permohonan bantuan yang dikemukakan keluarga tersebut beberapa hari lalu. Pengurus pertubuhan berkenaan, Asiah Abdullah berkata, pihaknya segera bertindak dengan menemubual keluarga itu selain membuat lawatan ke stor yang dijadikan tempat tinggal mereka. Katanya, stor berkenaan dihuni oleh Shahdi Abdullah, 43, isteri, Farizah Ibrahim, 41,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya