TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah boleh digambarkan kepada pemain legenda Perancis, Zinedine Zidane apabila menjadi jurulatih yang menerima tawaran paling lumayan di muka bumi ini iaitu £120,000 (RM635,368) sehari untuk mengemudi skuad kebangsaan Qatar pada saingan Piala Dunia 2022 nanti. Zidane, 45, baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Real Madrid hanya berselang lima hari menjulang Piala Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut bersama The Galacticos sekali gus membuka ruang kepada Qatar membuat tawaran tersebut. Sekiranya Zidane menerima tawaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya