KUALA LUMPUR 21 Jun – TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung dana untuk pembangunan Tun Razak Exchange yang diambil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Dalam laman webnya hari ini, syarikat itu berkata, tindakan akan diambil selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan hari ini bahawa sejumlah RM3.07 bilion, yang dimaksudkan untuk pembangunan TRX, telah disalahgunakan oleh 1MDB. Berikutan penyelewengan tersebut, TRXC tidak mempunyai wang yang cukup…










