KUALA LUMPUR 28 Jun – TRX City Sdn Bhd (TRX City) kini dalam perbincangan dengan beberapa pelabur tempatan dan asing yang berminat untuk melabur di Tun Razak Exchange (TRX) selepas kerajaan membuat keputusan untuk meneruskan projek mega tersebut. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmar Talib berkata, ada antara pelabur tersebut yang kebanyakannya melibatkan pemain utama dalam industri kewangan berhasrat untuk memindahkan operasi mereka di sini atau mempunyai bangunan dengan nama sendiri. Katanya, bagi pelabur asing pula setakat ini, TRX menarik pelabur dari rantau Asia, Jepun dan negara-negara Eropah. “Selepas kerajaan Pakatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya