KUALA LUMPUR 26 Jun – Seorang daripada tiga pemandu cedera ringan selepas kenderaan dipandu mereka terbabit dalam satu kemalangan jalan di Kilometer 446.4 Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran susur keluar Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh dekat sini semalam. Ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu, ketiga-tiga kenderaan terbabit rosak teruk manakala kesemua mangsa terselamat dalam insiden berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku disebabkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru hilang kawalan. Menurutnya, kereta Myvi itu yang dipandu seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya