OTTAWA 9 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan penghapusan tarif dalam rundingan sidang kemuncak G7 di Kanada, berikutan kesukaran negara-negara industri berkenaan dalam menyelesaikan perbezaan mengenai perdagangan. Menurut Trump, rundingan dengan para pemimpin berlangsung dengan sangat produktif walaupun terdapat ketegangan susulan keputusannya untuk mengenakan tarif import ke atas import keluli dan aluminium. Negara-negara sekutu AS tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana bimbang akan perang perdangangan global, lapor BBC. “Tiada tarif, tiada sekatan. Itulah yang sepatutnya. Dan tiada subsidi. Saya bahkan berkata, ‘tiada tarif’,” kata Presiden AS itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya