LUCO DI MUGELLO, Itali 2 Jun – Legenda motosikal Itali, Valentino Rossi menyambar petak pertama buat kali pertama dalam tempoh setahun setengah pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Itali, sebentar tadi. Penunggang Yamaha yang terkenal dengan jolokan ‘The Doctor’ itu mencatat rekod baharu di Litar Mugello dengan kepantasan satu minit, 46.208 saat, sekali gus mengetepikan dua pencabar utama dari Sepanyol, Jorge Lorenzo (Ducati) dan rakan sepasukannya, Maverick Vinales. Ini adalah petak depan pertama diraih juara dunia tujuh kali berusia 39 tahun itu sejak melakukannya buat kali terakhir dalam Grand Prix Jepun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya