SAUDARA PENGARANG, SAYA berasa teramat kecewa dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana tidak mengembalikan operasi tren Ekspres Wau. KTMB nampaknya lebih berbangga dengan tren Lambaian Aidilfitri yang dianggap lebih bagus daripada Ekspres Wau. Dek kerana nak menjaga perkhidmatan keretapi berelektrik (ETS), KTMB sanggup menafikan hak rakyat khususnya dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan. Bagi saya, keistimewaan yang disediakan untuk tren Lambaian Aidilfitri nampak biasa sahaja. Persoalan saya, adakah koc yang akan digunakan semuanya sempurna? Adakah koc yang akan digunakan itu lain daripada yang lain? Adakah KTMB tidak sedar atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya