KUALA LUMPUR 5 Jun – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bakal mendapat Presiden baharu apabila Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengesahkan telah bersetuju menerima tawaran mengisi kerusi No.1 badan sukan bola sepak negeri itu. Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi satu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada hari ini. Presiden FAS ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal sudah pun menyatakan kesediaan baru-baru ini untuk berundur bagi memberi laluan kepada Tengku Amir Shah. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya