LOS ANGELES 4 Jun – Seorang wanita dilapor melepaskan tembakan di pinggir San Diego dan berjaya ditahan, semalam ketika ribuan orang ramai menyertai marathon di bandar California itu, kata polis. Menurut rangkaian televisyen CBS dan NBC, insiden itu berlaku di kawasan parkir berhampiran garis penamat bagi Marathon San Diego Rock ‘n’ Roll. Seorang anggota polis dilapor cedera secara tidak sengaja akibat tembakan itu yang mengenai kakinya. Saksi memberitahu, mereka mendengar empat atau lima das tembakan ketika tiada laporan kecederaan lain direkodkan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya