KUALA TERENGGANU – Seorang tauke balak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu pada dua bulan lalu. Tertuduh, Tan Teo Liong, 56, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat. Berdasarkan pertuduhan, Teo Liong didakwa memberi suapan berupa wang tunai RM5,000 kepada seorang penolong pengarah operasi Jabatan Perhutanan Terengganu di sebuah kilang kayu, MJ Wood Industries, Kampung Bintang, Setiu pada pukul 1.30 petang, 2 April lalu. Pemberian suapan tersebut didakwa sebagai dorongan agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya