TUNIS 4 Jun – Nama Mouez Hassen mungkin kedengaran asing bagi peminat sukan bola sepak dunia. Namun namanya menjadi sebutan apabila ‘berpura-pura’ cedera ketika dua perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia bagi membolehkan rakan sepasukannya berbuka puasa. Lapor Al-Jazeera, pemain pasukan Tunisia merancang strategi berkenaan supaya mereka dapat berbuka puasa ketika perlawanan. Ketika perlawanan menentang Portugal dan Tunisia ketinggalan 2-1, Mouez dilihat ‘mengadu’ mengalami kecederaan pada minit ke-58. Tindakan itu membolehkan rakan sepasukannya berlari ke tepi padang dan menjamah sedikit minuman dan kurma. Selepas permainan diteruskan, Tunisia menyumbat gol penyamaan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya