KUANTAN 27 Jun – Walaupun kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendapati kes penyakit dan keracunan pekerjaan lebih kerap berlaku berbanding kemalangan di tempat kerja, tahap kesedaran majikan dan pemain industri mengenainya masih berada di paras rendah. Zailee Dollah Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ir. Zailee Dollah berkata, keadaan itu menyebabkan kurangnya laporan tentang penyakit dan keracunan pekerjaan di negara ini. Beliau berkata, tujuan utama pelaporan adalah bagi membolehkan pihaknya menentukan punca berlaku kemalangan atau penyakit pekerjaan agar tindakan pencegahan dapat diambil supaya tidak berulang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya