WASHINGTON 30 Jun – Aktres terkenal Hollywood, Susan Sarandon merupakan antara 575 wanita yang ditahan kerana menyertai protes untuk menyokong kumpulan pendatang di bangunan pejabat Senat Amerika Syarikat (AS) semalam. Menurut portal berita BBC, aktres yang pernah merangkul anugerah Oscar pada tahun 1996 itu mengumumkan penangkapannya di laman Twitter miliknya. Protes itu dilancarkan bagi membantah dasar migrasi kerajaan pimpinan Presiden AS, Donald Trump dan kes-kes kanak-kanak dipisahkan daripada ibu bapa mereka di sempadan AS. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya