Surat tawaran baharu kepada calon konstabel wanita - Utusan Malaysia

Surat tawaran baharu kepada calon konstabel wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan surat tawaran baharu kepada 600 calon konstabel wanita yang menerima surat tawaran sebelum ini namun ditunda kemasukan mereka ke pusat latihan pada April lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penundaan tarikh kemasukan itu dibuat bertujuan memberi laluan kepada persiapan PDRM menghadapi pilihan raya umum (PRU) lalu. “Latihan juga tidak dapat dijalankan sebaik sahaja PRU tamat kerana PDRM mengambil kira kebajikan calon yang semestinya berhasrat untuk menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga sebelum mula menjalani latihan asas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, surat tawaran baharu itu akan dikeluarkan secara berperingkat. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya