SHAH ALAM – Teka-teki siapa speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, 47, dari DAP mengangkat sumpah sebagai speaker dalam mesyuarat pertama penggal pertama DUN Selangor ke-14 hari ini. Perlantikkan Suee Lim itu dicadangkan oleh Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari dan disokong oleh ADUN Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim. Suee Lim yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP menggantikan bekas speaker sebelum ini Hannah Yeoh Tseow Suan. Sementara, ADUN Paya Jaras…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya