Diam tak diam, Ramadan sudah menghampiri penghujung. Tidak sampai seminggu lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Suasana dan mood raya sudah mula memasuki fasa kemuncak. Sejak 15 hari puasa lagi, radio terutamanya sudah mula memutarkan lagu-lagu raya bertemakan kemeriahan sambutan lebaran yang merupakan satu kemestian. Lagu malar segar Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad juga tidak henti-henti berkumandang. Lagu ini memang ‘berhantu’ dan kekal menduduki carta paling top musim hari raya sampai bila-bila pun. Apa tidaknya, muzik dan liriknya membuatkan perasaan setiap perantau ‘meronta-ronta’ untuk balik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya