TANGKAK 7 Jun – Jika ingin menikmati suasana alam semula jadi yang mendamaikan jiwa, Kampung Sawah Ring di Mukim Grisek, Bukit Gambir, dekat sini adalah destinasi untuk bersantai yang sesuai seisi keluarga dan rakan-rakan, khususnya pada hujung minggu atau cuti umum. Pemandangan sawah padi yang menguning ketika sedang membunting berlatar belakangkan kehijauan puncak Gunung Ledang sudah cukup mengasyikkan sesiapa sahaja yang melewati kawasan di sepanjang Jalan Bukit Gambir-Grisek itu. Justeru, tidak hairan kampung tersebut kini kian popular dalam kalangan pengunjung berkeluarga yang ingin menghabiskan masa untuk menikmati keindahan alam dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya