KUCHING 29 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian mengesahkan perkara tersebut dalam dalam satu kenyataan, di sini malam ini. “SUPP menerima sepucuk surat daripada banknya menyatakan akaun ibu pejabat parti telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM. “SUPP akan akur dengan sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti yang diamalkan selama ini,” demikian menurut kenyataan ringkas itu. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya