LEEDS – Pengurus England, Gareth Southgate mengakui beliau mungkin sukar membuat pilihan menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2018 selepas barisan pemainnya menampilkan aksi memukau ketika menang 2-0 ke atas Costa Rica pada perlawanan persahabatan awal pagi semalam. Pada aksi yang berlangsung di Elland Road itu, Marcus Rashford dan Danny Welbeck masing-masing meledak satu gol buat skuad The Three Lions. Selepas aksi semalam, Southgate berkata, beliau mungkin berdepan dilema dalam memilih kesebelasan terbaik menjelang aksi pembukaan Kumpulan G menentang Tunisia 19 Jun ini. “Ia semakin sukar dan kami perlu membuat keputusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya