BUKAN mudah menggalas satu tanggungjawab membawakan watak ikonik yang sudah sebati dengan jiwa peminat setia apatah lagi di bawah jenama filem yang besar. Namun, itu bukan penghalang buat pelakon muda Alden Ehrenreich ‘memberanikan’ diri menerima cabaran itu apabila membawa watak popular Han Solo dalam naskhah prekuel Star Wars, Solo: A Star Wars Story. Watak tersebut selama ini dipegang oleh aktor hebat, Harrison Ford. Sejak ia mula ditayangkan di seluruh dunia awal Mei lalu, naskhah tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons daripada penonton. Satu hal yang cukup baik dan dilihat menyebelahi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya