SINGAPURA 2 Jun – Singapura memaklumkan akan menampung beberapa kos bagi persidangan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang bakal diadakan pada 12 Jun ini. Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen berkata, negara ini bersedia menanggung kos berkenaan dan memainkan peranannya dalam pertemuan bersejarah itu. Perjalanan Jong-un ke Singapura adalah yang paling jauh pernah dilakukan oleh pemimpin itu dan merupakan cabaran dalam penyediaan logistik. Beliau dijangka akan menggunakan pesawat era Soviet dan limosin termasuk berpuluh-puluh pengawal keselamatan dan kakitangan. – Reuters habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya