SINGAPURA 25 Jun – Singapura hari ini menggesa Malaysia supaya mematuhi sepenuhnya perjanjian perkongsian air yang ditanda tangani pada 1962 selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan hasrat untuk melakukan rundingan semua berhubung isu berkenaan. Menurut kenyataan Kementerian Luar Singapura, Perjanjian Air 1962 merupakan satu persetujuan yang dijamin oleh kedua-dua kerajaan dalam Perjanjian Pemisahan 1965 yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) “Kedua-dua pihak (Malaysia dan Singapura) perlu mematuhi sepenuhnya semua peruntukan yang termaktub dalam perjanjian tersebut,” jelas kenyataan itu. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya