KUANTAN 3 Jun – Setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, tukang jahit adalah antara individu yang tidak menang tangan menerima tempahan daripada pelanggan yang lebih suka memilih pakaian ditempah berbanding pakaian sedia dipakai di pasaran. Bagi seorang tukang jahit, Nur Amiera Abd. Razak, 25, dari Perumahan Bukit Rangin Perdana di sini, tempahan yang diterimanya setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri meningkat berbanding hari biasa. Wanita itu yang menceburi bidang berkenaan sejak tiga tahun lalu berkata, dia mula menerima tempahan menjahit baju raya sejak Disember lalu yang rata-rata terdiri daripada pelanggan tetapnya. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya