KUCHING 25 Jun – Kerajaan negeri diminta membuat siasatan rapi berkaitan hakisan tanah di Perkuburan Islam Seruai, Spaoh yang serius berlaku baru-baru ini. Kejadian itu dianggarkan menjejaskan lebih 100 kubur Islam dengan keluasan sekitar 50 meter apabila dihanyut air atau musnah dipercayai ekoran kerja mengorek pasir. Menurut Ketua Cabang PKR Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh, pihaknya berasa sedih melihat kejadian tersebut berlarutan disebabkan tiada kepedulian pihak terbabit malah difahamkan ia mula berlaku sejak enam tahun lalu. “Arahan untuk menghentikan operasi pengorekan pasir yang berjalan 24 jam sepanjang Batang Saribas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya