RUSIA 26 Jun – Sepanyol terpaksa berdepan detik cemas sebelum berjaya mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati sebagai juara Kumpulan B apabila mengikat Maghribi 2-2 dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi. Juara dunia pada 2010 itu terpaksa bangkit sebanyak dua kali apabila gawang mereka dibolosi terlebih dahulu pada minit ke-14 menerusi jaringan Khalid Boutaib sebelum Isco menyamakan kedudukan lima minit kemudian. Skuad La Roja tersentak apabila Maghribi yang sudah pun tersingkir sekali lagi mengatasi mereka hasil tandukan Youssef En-Nesyri ketika permainan berbaki sembilan minit. Nasib menyebelahi anak-anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya