KAZAN ARENA, Rusia 21 Jun – Jurulatih Sepanyol, Fernando Hierro mengakui skuad bimbingannya berdepan saat genting sebelum jaringan Diego Costa menghidupkan kembali peluang mereka ke pusingan kedua Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2018 dengan menewaskan Iran 1-0 awal pagi ini. Ini merupakan kemenangan pertama Sepanyol selepas diikat 3-3 oleh Portugal pada aksi pertama peringkat Kumpulan B sebelum ini, sekaligus berjaya mengelak daripada pulang awal dari Rusia. Sepanyol hampir dikejutkan oleh Iran yang memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan termasuk gol penyamaan wakil dari Asia itu pada minit ke-60 yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya