IPOH – Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji keperluan untuk menyelaraskan beberapa kementerian untuk mengelakkan pertindihan tugas dalam mengendalikan institut latihan kemahiran. Menterinya, M. Kulasegaran berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan sebelum dibentangkan kepada Kabinet. “Pertindihan tugas ini harus dihentikan, kita harus mengkhusus, kita semua dalam satu keluarga (kementerian). Peruntukan yang disalurkan tidak harus dibazirkan dan inilah yang kami akan kaji,” katanya selepas melawat Institut Latihan Perindustrian Ipoh (ILP) di sini hari ini. Beliau berkata, institut latihan kemahiran tidak harus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya