JURULATIH Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir (gambar) menyifatkan persembahan anak-anak buahnya sebagai menakjubkan apabila berjaya menumpaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) 2-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin. Skuad Gergasi Merah bakal berdepan pasukan sama Ahad ini untuk aksi ke-15 Liga Super di Stadium Shah Alam dan pengendali pasukan wakil Lembah Klang tersebut percaya para pemainnya akan mampu mengulangi aksi cemerlang untuk membenam skuad kendalian Datuk K. Rajagobal. Nazliazmi mengakui para pemainnya mula menunjukkan aksi konsisten seperti perlawanan minggu lalu ketika mereka menewaskan Kelantan 4-0 di venue sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya