Sekuntum Syawal adalah semurni bahasa yang mengindahkan suasana pada hari yang berbahagia bertemu sanak saudara pengikat hubungan jalinan mesra. Sekuntum Syawal adalah seindah suria memancar pelangi nirwana menukilkan kata-kata pada nilai sewarna kejora pada hari yang sejahtera. Sekuntum Syawal adalah sewajah rasa pada sejalur tinta yang mengalunkan gelora dipersisir pantai merdeka untuk diselami bersama. Sekuntum Syawal adalah kelopak bahagia pada hari yang mulia sesudah sebulan berpuasa kini Aidilfitri menjelma membawa khabar gembira buat mukmin-mukminin tercinta. WADIASSOFI JAAFAR Alor Setar, Kedah.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya