Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak terpilih mewakili negara selepas diumumkan sebagai juara kebangsaan Cabaran Global Pertama (First Global Challenge, FGC) Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengetua SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff berkata, peluang mewakili negara ke pertandingan sama di Mexico pada Ogos ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membuktikan pelajar kita setanding dengan rakan mereka di peringkat dunia dalam bidang reka cipta, robotik dan inovasi. “Penyertaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa itu juga akan melonjakkan aras keyakinan diri pelajar untuk menyerlahkan potensi mereka sambil membina jaringan dengan rakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya