LISBON 7 Jun – Jurulatih Portugal, Fernando Santos akui dia masih lagi runsing memikirkan tentang kesebelasan utama yang akan diturunkan dalam aksi pembukaan Piala Dunia menentang Sepanyol. Jurulatih itu yang membantu Portugal meraih kejuaraan Euro 2016 di Perancis dua tahun lalu turut mengesahkan bahawa kapten Cristiano Ronaldo akan bermain dalam perlawanan persahabatan di laman sendiri menentang Algeria pada awal pagi esok yang juga aksi pemanas badan terakhir mereka. Ronaldo yang juga penjaring terbanyak Portugal terlepas minggu pertama latihan dan perlawanan persahabatan menentang Tunisia serta Belgium kerana bermain untuk Real Madrid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya