DALAM tempoh kira-kira dua minggu akan datang, banyak majlis rumah terbuka Aidilfitri bakal diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan tersebut. Di tengah-tengah kemeriahan tradisi unik sepanjang bulan Syawal itu, isu pembaziran makanan bukan lagi perkara asing, bahkan sudah dianggap biasa dalam majlis rumah terbuka. Kerap kali banyak makanan dibuang terutama dalam majlis rumah terbuka besar-besaran diadakan oleh pemimpin, organisasi dan syarikat yang dihadiri ribuan tetamu. Tabiat orang kita yang terlalu mengikut nafsu semasa menghadiri majlis itu menjadi punca banyak makanan dibuang, malah yang menyedihkan ada makanan diambil tetamu tidak dijamah pun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya