LISBON 8 Jun – Dengan Cristiano Ronaldo beraksi buat kali pertama, Portugal meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Algeria dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum ke Rusia untuk kempen Piala Dunia. Ronaldo, yang tidak bermain sejak membantu Real Madrid muncul juara Liga Juara-juara tiga kali berturut-turut bulan lalu, merancang satu daripada gol Portugal di Stadium of Light. Dia turut menjaringkan gol tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid sebelum digantikan pada minit ke-75. Ronaldo hanya mula menyertai skuad Portugal pada Isnin lalu, lebih lewat daripada anggota lain skuad itu kerana diberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya