SAUDARA PENGARANG, SAYA menyokong penuh saranan penduduk Taman Hillview, Kuala Lumpur agar sisa tinggalan Highland Tower yang terbiar sejak tragedi bangunan tumbang 25 tahun lalu dirobohkan sepenuhnya supaya tidak terus dijadikan sarang penagih dadah dan masalah sosial. Laporan Utusan Malaysia pada 24 Jun lalu membuatkan saya terkejut kerana saya fikirkan baki dua blok pangsapuri 12 tingkat itu sudah lama dirobohkan sebaliknya masih berdiri teguh dan ‘berpenghuni’. Saya masih ingat tragedi yang berlaku pada 1993 itu walaupun ketika itu masih kecil. Disebabkan liputan tragedi itu televisyen tempatan memulakan siaran 24 jam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya