KUALA LUMPUR 7 Jun – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.5 bilion (RM431.26 bilion) setakat 31 Mei 2018 berbanding AS$109.4 bilion (RM434.84 bilion) pada 15 Mei 2018. Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab tukaran asing (AS$102.1 bilion atau RM405.81 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion atau RM3.17 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)(AS$1.2 bilion atau RM4.77 bilion), emas (AS$1.6 bilion…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya