KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal sesi dagangan hari ini disebabkan ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi tempatan, kata peniaga. Pada pukul 9.27 pagi, ringgit disebut pada 3.9790/9820 daripada 3.9750/9780 yang dicatatkan sewaktu penutup semalam. Peniaga berkata, selain ketidaktentuan fiskal yang jelas dalam negara, kekurangan urus niaga dalam pasaran bon juga dilihat terus menjejaskan mata wang tempatan. Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun. Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9834/9877 daripada 2.9849/9876 yang dicatatkan semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya