JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di hadapan sebuah asrama pekerja di Lima Kedai, Gelang Patah, dekat sini, Khamis lepas. Kejadian berlaku pada 8.48 malam ketika kedua-duanya dikatakan bertengkar sebelum suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan senjata tajam. Berikutan tikaman itu, mangsa yang berusia 20 tahun dilaporkan cedera di perut dan tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah. Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Supt Ismail Dollah berkata orang awam telah membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya