SUBANG JAYA 10 Jun – Sambutan luar biasa yang ditunjukkan pelanggan di gerai cakoi bazar Ramadan Bandar Sunway di sini memberi gambaran mudah tentang keenakan makanan itu. Jika tiada yang istimewa tentang rasanya pasti orang ramai tidak berpusu-pusu datang membeli. Sebagai peminat cakoi, penulis yang menghampiri gerai berkenaan seperti dapat merasakan kelembutan tepung roti yang digoreng rangup itu. Pengusaha Cakoi Banting, Mohd. Nor Fadzil Md. Yaafar berkata, cakoi yang dihasilkan itu menggunakan resipi warisan keluarga yang tetap lembut walaupun sudah lama dimasak dan sejuk. “Antara keistimewaan yang sering diperkatakan pelanggan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya