SHAH ALAM – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima tawaran untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Tengku Amir bertitah FAS harus melakukan anjakan paradigma dan perubahan yang menyeluruh dalam mengembalikan kegemilangan arena bola sepak negeri Selangor. “Baginda menyeru rakyat untuk menyokong penuh pembaharuan yang akan dilakukan baginda apabila menerajui FAS. “Baginda yakin pasukan kesayangan rakyat negeri Selangor ini akan dapat mencapai kegemilangan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya