KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) meningkatkan lagi kerjasama apabila menandatangani perakuan pemindahan (CoT) bagi alat-alat ganti pesawat F/A-18 Hornet. Menerusi kerjasama ini, beberapa komponen tertentu pesawat berkenaan milik RAAF diserahkan kepada TUDM secara percuma. Majlis menandatangani kerjasama ini dimeterai di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur petang tadi. TUDM diwakili Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang manakala Panglima Tentera Australia, Leftenan Jeneral Angus Campbell mewakili Australia. Perakuan pemindahan ini sekali gus telah membuktikan jalinan kerjasama yang erat di dalam perkongsian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya