LONDON 8 Jun – Putera William menegaskan, dia akan mempertahankan England sekiranya pasukan itu berdepan dengan isu perkauman dalam Piala Dunia di Rusia yang bermula 14 Jun ini. Dalam pertemuan dengan pemain Three Lions sebelum aksi persahabatan menentang Costa Rica semalam, Putera William berkata, dia akan bersemuka dengan pihak berkuasa Rusia dan menjadi ‘tembok batu’ sekiranya pemain mereka diserang. Buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, sistem pengawasan anti diskriminasi akan disediakan di semua venue perlawanan. Pengadil juga diberi kuasa menghenti, menggantung atau membatalkan perlawanan jika berlaku diskriminasi dan serangan tanpa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya