RAMALLAH, Tebing Barat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa rakyat Palestin serius untuk mencapai perdamaian dengan Israel berdasarkan persempadanan pada tahun 1967. Mahmoud membuat kenyataan tersebut semasa menerima kunjungan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William yang memakai gelaran Duke of Cambridge di bandar Ramallah, Tebing Barat, lapor agensi berita Xinhua. “Kami mahu mencapai keamanan menerusi rundingan dan ini menjadi pendirian kami dan ia tidak berubah sejak sekian lama,” kata Mahmoud. Ini merupakan kali pertama keluarga diraja Britain melawat wilayah Tebing Barat yang dijajah Israel. Menyambut kunjungan bersejarah itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya