PELABUHAN KLANG 9 Jun – Bahang kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kian dirasai apabila ribuan warga Indonesia mula membanjiri Jeti Asa Niaga Harbour City di sini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Tinjauan Mingguan Malaysia di jeti tersebut mendapati kemeriahan yang cukup luar biasa apabila golongan perantau itu sanggup bersesak mendapatkan tiket perjalanan menuju ke Jeti Tanjung Balai Asahan, Sumatera dan Jeti Dumai. Salah seorang penumpang, Ramadania Marjohan, 47, berkata, dia telah membeli tiket menaiki feri sejak Khamis lalu untuk pulang ke kampung di Batu Bara, Sumatera. “Saya sudah lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya