TUMPAT 28 Jun. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Rejimen 5 Renjer mematahkan cubaan menyeludup 650 kilogram beras di pangkalan haram Pak Su Roni, Simpangan di sini hari ini. Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, anggota penguatkusaan tersebut turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Sentra. Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Inspektor Reduan Mohidin berkata, rampasan tersebut membabitkan nilai berjumlah RM7,600. “Ketika sampai di lokasi serbuan, kami dapati beberapa individu sedang memunggah sesuatu dari tebing Sungai Golok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya