JOHOR BAHRU – Polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilapor dilarikan dari rumah neneknya di Kampung Parit Lunjut, Sungai Terap, Bukit Pasir dekat Muar pagi tadi susulan penahanan seorang lelaki warga Nepal. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh keluarga kanak-kanak berkenaan. “Hasil soal siasat ke atas suspek, pihak polis berjaya menemui mangsa di dalam belukar lebih kurang satu kilometer dari rumah pengadu. “Mangsa kemudiannya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk rawatan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya