SUASANA di pekarangan Hospital Auckland City di Grafton, New Zealand pada tanggal 21 Jun lalu kelihatan lebih meriah berbanding pada hari biasa. Hospital terbesar milik kerajaan New Zealand yang sebelum ini hanya dilawati pesakit dan kaum keluarga itu, dipenuhi sekumpulan pengamal media dari dalam dan luar negara. Para wartawan bersedia dengan buku catatan pada tangan sejak awal pagi lagi. Begitu juga dengan jurufoto yang setia menanti bagi memastikan tiada momen terlepas daripada bidikan serta rakaman kamera. Segala-galanya demi Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang ke-40 yang pada ketika itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya